Sunday 27 November 2011

USB memudahkan penyambungan

Dahulunya, operasi penyambungan antara komputer dengan peranti - peranti luar dilaksanakan menerusi sokongan pelbagai luar kabel.Perbezaan bentk dan saiz kabel ini mungkin menyukarkan penyambungan kerana perlu mengikut piawaian tertentu. Mencari penyelesaian masalah ini, kabel yang dikenali sebagai universal serius bus atau USB telah diperkenalkan pada nov 1995.
Kabel USB mempunyai keseragaman dari segi sambungan untuk produk pengkomputeran, kelengkapan audio visual dan permainan video.Disamping memudahkan , sambungan USB turut meningkatkan kepantasan ketika oprasi pemidahan data.
Sistem USB mempunyai reka bentuk asimetri dengan kawalan hos berbilang peranti dimana penyambungnya menggunakan peranti hab khas. Ia mempunyai kelebihan antaranya mudah diselaraskan bersama komputer apabila disambung buat pertama kali dan seterusnya memuatkan fail pemacu. Sambungan USB menyokong 3 kadar pemindahan data iaitu kelajuan rendah, penuh dan juga tinggi.

No comments:

Post a Comment