Thursday 11 April 2013

Dahsyatnya Taubat Nasuha : Nabi Nuh

Allah s.w.t murka kepada seluruh umat Nabi Nuh yang tidak mahu mengikut apa yang telah diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang. Allah s.w.t mahu menenggelamkan mereka yang ingkar dalam banjir yang besar. Oleh itu, Allah s.w.t memerintahkan Nabi Nuh membina kapal yang besar di atas bukit. Semua pengikut Nabi Nuh yang taat kepada Allah menaiki kapal itu termasuk haiwan - haiwan dan tumbuh - tumbuhan. Mereka yang ingkar dan tidak percaya kepada Allah, termasuk anak - anak dan isteri Nabi Nuh, mengejek dan mempersendakan perbuatan Nabi Nuh dan pengikutnya.

Nabi Nuh puas memujuk anak - anak dan isterinya supaya mengikutnya taat kepada perintah Allah dan menaiki kapal itu, tetapi mereka enggan. Lalu, Nabi Nuh memohon ampun kepada Allah supaya anak - anak dan isterinya diselamatkan daripada bencana banjir itu. Nabi Nuh berdoa seperti yang dinyatakan dalam surah Hud ayat 45,'' Wahai Tuhanku! Sesungguhnya anakku itu keluargaku sendiri, dan janji-Mu itu adalah benar, dan Engkau adalah sebijak - bijak hakim yang menghukum dengan seadil - adilnya."

Allah menempelak dengan berkata seperti dalam surah Hud ayat 46, " Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukan keluargamu, sesungguhnya dia tidak melakukan amal soleh, oleh itu jangan engkau memohon kepada-Ku apa yang tidak engkau ketahui. Sebenarnya Aku melarangmu menjadi orang yang jahil." 

Nabi Nuh sedar kesilapannya. Nabi Nuh segera memohon ampun bagi kesilapan yang dilakukan. Doa Nabi Nuh seperti dalam surah Hud ayat 47," Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada memohon perkara yang aku tidak ketahui, dan sekiranya Engkau tidak mengampunkan dosaku dan memberi rahmat kepadaku, nescaya aku akan menjadi hamba-Mu yang rugi."

Lalu Allah menjawab doa Nabi Nuh dalam surah Hud ayat 48, "Wahai Nuh! Turun dari bahtera itu dengan selamat dan berkat daripada Kami kepadamu dan umat - umat yang bersama - samamu. Dan dalam pada itu ada umat - umat daripada keturunan mereka yang Kami beri kesenangan kepadanya iaitu dalam kehidupan dunia, kemudian mereka dikenakan azab daripada Kami yang tidak terperi sakitnya."


Wuhaib bin Al-Wald melaporkan," Apabila Tuhan tidak bersetuju dengan perbuatan Nabi Nuh meminta anak - anak dan isterinya selamat daripada bencana sedangkan mereka adalah daripada golongan yang ingkar kepada Tuhan, Tuhan memberikan peringatan kepada Nabi Nuh dengan kata - katanya."

Wuhaib melaporkan lagi," Selepas Tuhan berkata seperti itu, Nabi Nuh menangis dengan penuh penyesalan selama 300 tahun. Air matanya dikatakan mengalir deras seperti sungai.