Thursday 27 October 2011

Rasulullah s.a.w selalu berlapar

Aisyah r.ha. berkata," Tidak pernah keluarga Rasulullah s.a.w. kenyang makan roti gandum 3 hari berturut2 sejak beliau dtg di Madinah sehingga beliau meninggal dunia".
Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu'aim, Khatib, Ibn Asakir dan Ibn al-Najjar drpd Abu Hurairah r.a. dia berkata:
" Aku pernah dtg kepada Rasulullah s.a.w. ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya: 'Ya Rasulullah! Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau sakit?'


Jawab Baginda: 'Aku lapar, wahai Abu Hurairah!' Mendengar jawapan Baginda itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan Baginda itu. Baginda merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata: 'Wahai Abu Hurairah! jangan menangis, kerana berat hisab di hari kiamat tidak akan menimpa org yg hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya semasa hidup di dunia".

No comments:

Post a Comment